awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul

Bernama
Bernama
16/09/2024
02:00 MYT
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua ke majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di PICC, Putrajaya, hari ini, disambut Perdana Menteri dan isteri. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada 9.32 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda dijadual mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
Bertemakan 'Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI', majlis itu dihadiri kira-kira 6,000 tetamu.
Tema sambutan Maulidur Rasul kali ini adalah manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah SAW serta sangat signifikan bagi memacu umat Islam di negara ini ke arah kejayaan hakiki di dunia dan akhirat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Anwar Ibrahim
#Maulidur Rasul
#Anugerah Maulidur Rasul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan