Skip to main content

Malaysia

Agong, Raja Permaisuri berangkat saksikan Johor Super Crown Tournament 2026

JOHOR BAHRU, 1 Sept - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, diiringi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, berkenan berangkat ke Kejohanan Polo Super Crown Johor (JSCPT) 2026 di Padang Polo Diraja, Istana Pasir Pelangi, hari ini. - fotoBERNAMA(2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, diiringi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, berkenan berangkat ke Kejohanan Polo Super Crown Johor (JSCPT) 2026 di Padang Polo Diraja, Istana Pasir Pelangi, hari ini. - Foto Bernama
Advertisement

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyaksikan Johor Super Crown Tournament (JSCPT) 2026 di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

Turut berkenan berangkat Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Kejohanan berlangsung hari ini hingga 6 Sept, dengan menghimpunkan lima pasukan bertaraf dunia yang dibarisi pemain elit antarabangsa iaitu Royal Johor, Temasek, Korea Polo, J-Corp dan Digital Bridge.

Kejohanan berstatus 22-gol itu, merupakan pertandingan polo dengan handikap tertinggi pernah dianjurkan di Malaysia.

JSCPT disiarkan secara langsung di PoloLine.TV, sekali gus membawa aksi polo Diraja Johor kepada penonton antarabangsa.

Penganjuran kejohanan itu digerakkan menerusi visi bersama Tunku Mahkota Ismail dan ikon polo dunia, Polito Pieres, bagi meletakkan Johor sebagai antara destinasi utama dalam litar sukan polo pada peringkat antarabangsa.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement