Agong, Raja Permaisuri timang cucu lelaki

Bernama
Julai 23, 2019 07:54 MYT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menimang seorang cucu lelaki, hari ini. -Twitter #cheminahsayang
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menimang seorang cucu lelaki, hari ini.
Puteri Seri Paduka, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah selamat melahirkan puteranya pagi tadi.
Khabar gembira itu dikongsikan Tunku Azizah menerusi hantaran foto putera itu di Twitter rasmi milik baginda.
"Welcome to the world (Selamat datang ke dunia)...my grandson no 3 (cucu lelaki beta nombor tiga)... Iman selamat melahirkan anak lelaki pagi tadi...alhamdulillah," tulis Tunku Azizah di Twitter.

pic.twitter.com/zK9MVh0Bwl

— azizah iskandar (@cheminahsayang) July 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

welcome to the world .... my grandson no 3..... Iman selamat melahirkan anak lelaki pagi tadi ... alhamdulillah pic.twitter.com/Dz4DwAlaPw

— azizah iskandar (@cheminahsayang) July 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkongsian foto itu menjadi perhatian warganet dan mendapat lebih 1,000 tanda suka kurang 30 minit sejurus foto itu dimuat naik oleh Tunku Azizah.
Pengguna Twitter turut menzahirkan ucapan sembah tahniah kepada Seri Paduka berdua.
Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah bernikah pada 4 Ogos tahun lepas.
-- BERNAMA
#cucu agong #cucu lelaki #Puteri Iman Afzan #Tengku Abdullah #Tunku Azizah