[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
NATIONAL

Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Menyambut Deepavali

Bernama 12/11/2023 | 03:30 MYT
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu di seluruh negara.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu di seluruh negara.

Ucapan baginda berdua dikongsi menerusi poster di akaun Instagram Istana Negara.

"Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keafiatan kepada semua penganut agama Hindu," menurut catatan di poster itu.

Penganut Hindu di Malaysia menyambut Deepavali atau pesta cahaya hari ini. - BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Raja Permaisuri Agong #Hari Deepavali