Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran

Bernama
April 13, 2022 02:09 MYT
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin dan Tunku Azizah menzahirkan harapan semoga Pesta Songkran membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua. - Gambar Facebook ISTANA NEGARA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Songkran kepada masyarakat Siam di negara ini.
Turut menzahirkan ucapan sama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi catatan di Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan semoga Pesta Songkran membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua.
Songkran yang terkenal sebagai festival air adalah sambutan Tahun Baru Thailand yang disambut selama tiga hari bermula 13 April setiap tahun. - BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #Raja Permaisuri Agong #Pesta Songkran #masyarakat Siam