Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Menyambut Ramadan

Bernama
Mac 12, 2024 01:00 MYT
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam, di seluruh negara. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam, di seluruh negara.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menyeru umat Islam supaya merebut peluang mempertingkatkan amal ibadah dan mengeratkan ukhuwah sesama umat, selain mengetepikan sebarang perselisihan, perbalahan dan perseteruan bersempena bulan Ramadan yang barakah.
Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh umat Islam untuk bersama Baginda bermunajat dan berdoa, semoga Malaysia terus dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada apa jua bentuk ancaman, bencana dan musibah.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Ahad lepas mengumumkan umat Islam di Malaysia mula berpuasa hari ini. - BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #Raja Permaisuri Agong #Ramadan Al-Mubarak #Seri Paduka Baginda