MALAYSIA
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia. - Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar tahun baharu ini membawa kesejahteraan serta kemakmuran berterusan kepada negara.
Sultan Ibrahim turut menyeru rakyat supaya terus memperkukuh perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain demi keharmonian Malaysia.
"Seri Paduka Baginda turut berdoa agar Malaysia sentiasa dilindungi Allah SWT serta dikurniakan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan berpanjangan," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA