[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu

Bernama 26/04/2024 | 05:10 MYT
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. -Facebook
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-62 kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
"Semoga Allah SWT merahmati Baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda," menurut poster itu.
Tarikh 26 April merupakan hari kelepasan am bagi Terengganu sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu.
-- BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #Sultan Mizan Zainal Abidin #Sultan Terengganu