awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong santuni, kurnia sumbangan kepada 10 keluarga di Rompin

Bernama
Bernama
06/08/2021
03:10 MYT
Agong santuni, kurnia sumbangan kepada 10 keluarga di Rompin
Selain mengurniakan sumbangan, Seri Paduka turut berkenan meluangkan masa di setiap rumah dan menyantuni ahli-ahli keluarga tersebut. - Foto Instagram Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada 10 keluarga yang memerlukan bantuan di Kampung Gading, Rompin, Pahang, semalam.
Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi hari ini memaklumkan, Seri Paduka berkenan mengurniakan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada 10 keluarga tersebut yang terdiri daripada golongan asnaf, warga emas serta ibu tunggal dalam lawatan selama dua jam.
"Selain mengurniakan sumbangan, Seri Paduka turut berkenan meluangkan masa di setiap rumah dan menyantuni ahli-ahli keluarga tersebut yang mencerminkan keperibadian tinggi Baginda terhadap golongan yang memerlukan.
"Semoga sumbangan Seri Paduka ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya dalam menghadapi tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa Satu yang dilaksanakan oleh kerajaan," menurut hantaran itu yang turut memuat naik beberapa keping gambar lawatan tersebut.
View this post on Instagram
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)
Keberangkatan Seri Paduka itu diiringi Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan asnaf
#Pahang
#Rompin
#warga emas
#Yang di-Pertuan Agong
#lawatan
#Kampung Gading
#Barangan Keperluan
#sumbangan
#meringankan beban
#Pelan Pemulihan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan