awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Sultan Perak berkenan ziarah Tun Rahah

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2020
15:10 MYT
Agong, Sultan Perak berkenan ziarah Tun Rahah
Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli menziarahi Tun Rahah, ibu Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hospital swasta pada Khamis. - Gambar Instagram/Najib Razak
KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menziarahi Tun Rahah Mohmmad Noah, ibu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hospital swasta pada Khamis.
Selain Seri Paduka Baginda, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menziarahi balu bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein itu.
Perkara itu dikongsikan oleh Ahli Parlimen Pekan menerusi laman sosial miliknya, malam ini.
Sultan Perak berkenan menziarahi Tun Rahah di hospital swasta di ibu kota pada Khamis.
Sultan Perak berkenan menziarahi Tun Rahah di hospital swasta di ibu kota pada Khamis.
View this post on Instagram
A post shared by Najib Razak (@najib_razak)
"Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak atas perkenan Tuanku-Tuanku mencemar duli berangkat menziarahi bonda patik Tun Rahah yang berada di hospital untuk rawatan," tulis beliau.
Terdahulu, yang turut menziarahi Tun Rahah di hospital tersebut adalah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BACA: Muhyiddin ziarah Tun Rahah, berdoa agar diberi kesembuhan
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga sempat meluangkan masa menziarahi ibu Najib.
"Mendoakan agar bonda beliau lekas sembuh dan kembali diberi kekuatan, insya-Allah," tulis Ahli Parlimen Port Dickson itu di akaun Facebooknya.
Sumber Facebook anwaribrahim.keadilan
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Perak
#Tun Rahah
#Najib Tun Razak
#hospital swasta
#Muhyiddin Yassin
#Anwar Ibrahim
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan