PUNCAK ALAM: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah supaya Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini menghasilkan kaedah perubatan dan vaksin tersendiri bagi menghadapi cabaran akan datang.
Al-Sultan Abdullah yang juga Canselor UiTM bertitah agar hospital tersebut dapat mencipta kaedah perubatan yang boleh menaikkan nama pusat perubatan itu selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
"Beta mencabar pengurusan hospital ini menghasilkan kaedah perubatan atau vaksin sendiri dan bukan sekadar perkhidmatan yang ada ketika ini.
"Inilah antara harapan beta, jangkaan ini bersangkutan dengan nama beta di sini. Beta berharap perjalanan dan urusan hospital ini akan menjadi antara yang terbaik di Selangor khususnya, Malaysia amnya," titah baginda sempena majlis perasmian Hospital Al-Sultan Abdullah, di UiTM Puncak Alam di sini, hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Hadir sama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.
Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda juga amat terharu dan berbangga hospital itu dinamakan atas nama baginda dan berharap perkhidmatannya kepada rakyat dapat terus dipertingkatkan.
"Walaupun hospital ini berada jauh di mata (Selangor), tetapi ia dekat di hati beta. Beta berharap perkhidmatan hospital dapat dipertingkatkan dan namanya lebih terserlah lagi nanti," titah baginda.
Pusat perubatan berkeluasan 18.4 hektar itu turut dilengkapi 400 katil pesakit selain mengetengahkan reka bentuk binaan bangunan yang mengambil ilham daripada elemen molekul air zam-zam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Yang di-Pertuan Agong bergambar kenangan selepas Majlis Perasmian Hospital Al-Sultan Abdullah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam hari ini. - Foto BERNAMA
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.