awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong ucap tahniah kepada Kamala Das sempena ulang tahun kelahiran ke-100

Bernama
Bernama
06/06/2023
11:22 MYT
Agong ucap tahniah kepada Kamala Das sempena ulang tahun kelahiran ke-100
Dilahirkan pada 5 Jun 1923 di Tapah, Perak, Kamala ialah ibu kepada bekas wartawan sukan Datuk George Das. - Gambar/ FB Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan tahniah dan selamat kepada Kamala Das sempena ulang tahun kelahirannya ke-100 semalam.
Menurut catatan di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa sukacita buat Kamala kerana dikurniakan kesihatan baik dan umur panjang untuk meraikan hari istimewa buatnya bersama keluarga tersayang, yang juga jatuh pada Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka.
Dilahirkan pada 5 Jun 1923 di Tapah, Perak, Kamala ialah ibu kepada bekas wartawan sukan Datuk George Das.
"Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menzahirkan ucapan tahniah dan ucap selamat kepada rakyat Malaysia yang juga menyambut ulang tahun kelahiran mereka yang ke-100 pada tahun ini.
"Seri Paduka Baginda mendoakan agar mereka semua dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan serta sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT," menurut catatan itu.
Seri Paduka turut menasihati rakyat untuk menghormati datuk, nenek, ibu bapa dan menghargai jasa serta pengorbanan mereka yang telah mengasuh, membimbing dan mendidik.
"Berbuat baiklah dan berbaktilah kepada mereka dengan tulus ikhlas dan dengan penuh kasih sayang," menurut catatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Kamala Das
#ulang tahun
#100 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan