CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan hasrat agar Kampung Orang Asli (KOA) Kuala Boh di sini, menjadi kampung contoh kepada KOA lain.
Baginda bertitah kampung itu perlu dicontohi kerana kebersihan dan kecantikan kawasannya, selain keharmonian yang dipamerkan penduduk Orang Asli di situ.
"Saya juga ingatkan rakyat khususnya orang kita di sini, supaya terus kekal keharmonian dan silaturahim di sini dan jangan terlalu berpolitik.
"Kita usahakan tanah-tanah kita untuk hasil pendapatan kita, dan yang bekerja di luar di Tanah Rata kekal bekerja di situ sebaik mungkin, kerana sekarang pekerjaan bukan senang," titah baginda selepas mendengar taklimat penambahbaikan perkhidmatan telekomunikasi di KOA Kuala Boh oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Turut berkenan mendengar taklimat berkenaan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan perasaan gembira dengan perancangan MCMC berkenaan penambahbaikan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan itu dan berharap lebih banyak kemudahan dan keperluan yang dijanjikan kepada penduduk Orang Asli, dapat ditunaikan segera.
"Saya dimaklumkan ada beberapa rumah akan dibina oleh pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), dan ini sedang diurus dan dalam masa sama kita akan baiki beberapa rumah di kawasan ini.
"Kita lengkapkan segala apa yang boleh. Saya percaya segala infrastruktur-infrastruktur akan diusahakan khususnya berkaitan elektrik, air dan seterusnya," titah baginda.
Terdahulu Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, berkenan menyaksikan pengislaman dua wanita Orang Asli di kampung itu, selain Seri Paduka berdua memberikan sumbangan kelengkapan sekolah kepada anak-anak Orang Asli dan menyerahkan sebuah van kepada penduduk di situ.
Pada lawatan itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan menyediakan juadah jemput-jemput durian kepada penduduk KOA Kuala Boh, hasil air tangan Raja Permaisuri Agong.
Terdahulu, Ketua Pegawai Operasi MCMC Datuk Mohd Ali Hanafiah dalam sesi taklimat menerangkan mengenai projek pencawang interim, yang dilaksanakan suruhanjaya itu dengan pihak industri di KOA Kuala Boh.
Beliau berkata pencawang sementara itu dibina susulan aduan penduduk setempat ketika lawatan Seri Paduka ke kampung berkenaan pada 7 Jan lepas, dan susulan itu pihaknya sedang menyiapkan Projek Menara KOA Kuala Boh bagi memudahkan penduduk menerima perkhidmatan talian komunikasi dengan lebih lancar.
Pembinaan menara setinggi 76 meter menggunakan gentian optik itu, akan dinikmati lebih 200 keluarga Orang Asli yang dijangka siap September ini dengan nilai projek RM1.5 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan beramah mesra bersama para penduduk ketika menghadiri lawatan ke Kampung Orang Asli (KOA) Kuala Boh, hari ini. - Foto BERNAMA

Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati.

SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat
Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan diatasi sebaiknya termasuk penyebaran video dari negara jiran yang tular di media sosial.

Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.

Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.

Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.

Pemilik Newcastle ambil pegangan majoriti dalam empat kelab Saudi termasuk Al-Nassr
Kelab Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr, Al-Hilal bertukar menjadi syarikat yang dimiliki PIF dan yayasan tidak berasaskan keuntungan.

Lambakan durian, peniaga mengeluh harga runtuh
Pengeluaran banyak tetapi permintaan kurang sekali gus menyebabkan ada peniaga bertindak 'buang harga'.

Isu kejatuhan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah, serta kesan kejatuhan ringgit dijangka jadi tumpuan pada persidangan sidang Dewan Rakyat hari ini.

10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN
Kata Razali, mereka yang terlibat adalah nama besar yang telah disisihkan UMNO.

Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi
Siasatan awal menunjukkan kegagalan isyarat berkemungkinan menjadi punca pelanggaran yang mengorbankan 275 orang.

Lim Kit Siang ucap terima kasih kepada Agong atas kurniaan gelaran Tan Sri
Kit Siang menzahirkan penghargaannya kepada Yang di-Pertuan Agong atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran 'Tan Sri' kepadanya.

TPM, anggota Kabinet ucap tahniah Hari Keputeraan Agong
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Malaysia maju dan membangun di bawah naungan Agong - Komuniti Diplomat
Manuel Balaguer Salas berkata pemerintahan Al-Sultan Abdullah sentiasa dilandasi kebijaksanaan, dedikasi, dan komitmen yang tinggi terhadap kebajikan rakyat Malaysia.

Darjah kebesaran daripada Agong penantian berbaloi - Pemenang Piala Thomas 1967
Selepas 56 tahun, Cheng Hoe dan rakan sepasukannya yang menjuarai Piala Thomas 1967 di Jakarta, Indonesia, sekali lagi menerima penghormatan hari ini.

Negara di landasan tepat jayakan agenda pembangunan demi rakyat - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa negara kini berada di landasan yang tepat bagi menjayakan agenda pembangunan.

Hanya 239 hari sebelum Beta balik ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Seri Paduka menzahirkan kesyukuran kerana berjaya melaksanakan amanah besar memayungi Malaysia selama hampir lima tahun lamanya.

839 terima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023, ini antara senarainya
Seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Kit Siang dapat Tan Sri, Mohd Puad ucap tahniah
"Setinggi tahniah. Itu satu pengiktirafan. Dia bersara politik dengan happy ending."

Kerajaan bakal luncur tiga dasar negara, depani cabaran dunia
Dasar itu merangkumi Pelan Perindustrian Negara, Kajian Separuh Penggal RMK12, dan Belanjawan MADANI kedua.

Kalimah Allah: Agong zahir kegusaran, titah kerajaan harmonikan keadaan
Polemik penggunaan kalimah Allah bukan perdebatan berhubung terminologi dan linguistik, sebaliknya berkait isu akidah umat Islam dengan sebarang kekeliruan akan hanya mengundang musibah.