awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
Gaza perlukan 200,000 unit rumah pasang siap penuhi keperluan kemanusiaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong zahir kebimbangan tindakan provokasi kaum

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
18/05/2020
04:03 MYT
Agong zahir kebimbangan tindakan provokasi kaum
Al-Sultan Abdullah bertitah kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus dipertahankan. Gambar/ Bernama
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan dengan polarisasi kaum yang masih wujud di negara ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah, sebarang bentuk tindakan provokasi, selain fahaman serta nilai yang bertentangan dengan norma, adat dan undang-undang perlu dibendung sebelum merebak menjadi barah kepada kestabilan negara.
"Setiap kaum perlu menunjukkan sikap dan teladan yang jujur untuk mengeratkan hubungan.
"Dalam usaha mengukuhkan lagi kesepaduan sosial dan integrasi nasional, beta menyambut baik pelaksanaan Pelan Tindakan Perpaduan Negara bagi memastikan agenda perpaduan nasional dapat diterapkan secara menyeluruh menerusi elemen kepercayaan dan jati diri yang teguh berlandaskan kepada prinsip Rukun Negara," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.
Baginda turut bertitah, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus dipertahankan.
"Selaras dengan ajaran Islam yang syumul dan dipacu oleh prinsip maqasid syariah, beta mahu kerajaan mewujudkan pentadbiran agama Islam yang inklusif, progresif, membentuk hubungan etnik dan agama yang harmoni serta menyantuni kemanusiaan dan peradaban ke arah kesejahteraan sejagat.
"Pada masa sama, kerajaan akan terus mempertahankan hak penganut agama lain untuk terus bebas mengamalkan agama mereka secara berhemah dan aman," titah baginda.
Topic Berkaitan
#agenda
#Dewan Rakyat
#Islam
#kerajaan
#nilai
#Parlimen
#perpaduan
#rakyat
#undang-undang
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan