awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong zahir ucapan selamat ulang tahun ATM ke-88

Bernama
Bernama
16/09/2021
03:56 MYT
Agong zahir ucapan selamat ulang tahun ATM ke-88
Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. - Instagram Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-88 kepada seluruh warga angkatan tentera termasuk veteran serta semua yang pernah berkhidmat dengan ATM.
Selaku pemerintah tertinggi ATM, Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.
"Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para anggota ATM khususnya yang bertugas di barisan hadapan yang telah bertungkus lumus mengorbankan masa dan tenaga dalam membantu kerajaan membendung penularan wabak COVID-19 sejak awal tahun ini," menurut Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi hari ini.
Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.
Hari ATM yang disambut pada 16 Sept setiap tahun akan diraikan secara fizikal di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 22 Sept ini.
View this post on Instagram
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Angkatan Tentera Malaysia
#Hari ATM
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#pengorbanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan