awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Instagram bereksperimen dengan paparan angka 'Kawan' ganti akaun diikuti di profil
Hujan lebat cetus kerosakan teruk di Pulau Utara, New Zealand
Jawatankuasa Kongres AS undi tahan Clinton, isteri dalam siasatan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong zahir ucapan tahniah kepada Presiden Filipina, Marcos Jr

Bernama
Bernama
01/07/2022
07:55 MYT
Agong zahir ucapan tahniah kepada Presiden Filipina, Marcos Jr
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Ferdinand Romualdez Marcos Jr atas pelantikan beliau sebagai Presiden Filipina ke-17. - Gambar Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Ferdinand Romualdez Marcos Jr atas pelantikan beliau sebagai Presiden Filipina ke-17.
Menurut catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar Malaysia dan Filipina dapat terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran kepada kedua-dua negara dan rakyatnya.
"Dalam merakamkan ucapan tahniah, Seri Paduka juga telah berkenan mengutus warkah ucapan tahniah peribadi kepada Ferdinand Romualdez Marcos Jr kelmarin.
"Malaysia dan Filipina telah menjalin hubungan rapat dan persaudaraan sejak 1959 dan sebagai negara jiran yang tidak dapat dipisahkan, kedua-dua negara turut berkongsi sejarah dan budaya yang sama," menurut hantaran itu.
Marcos Jr, 64, mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-17 republik itu di Muzium Negara, Manila selepas memenangi pilihan raya pada Mei lepas, dengan memperoleh kemenangan terbesar sejak 1986.
Anak kepada Ferdinand Marcos itu menggantikan Rodrigo Duterte.
Untuk rekod, Filipina merupakan rakan dagang ke-15 terbesar Malaysia dengan jumlah dagangan bernilai RM32.53 bilion (US$$7.84 bilion) pada 2021, peningkatan 24.6 peratus berbanding nilai yang direkodkan pada 2020. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden filipina
#Ferdinand Romualdez Marcos Jr
#Ferdinand Marcos
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan