Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini selamat ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam suasana penuh istiadat gilang-gemilang, lambang kemegahan sistem raja berperlembagaan yang menjadi amalan di negara ini.
Berikut adalah ikrar Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.
"BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM,
BETA AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM BELAS.
DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNA SETIAP MASA AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA."
[LAPOR LANGSUNG] Istiadat Pertabalan YDP Agong XVI
Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membacakan Surat Pengisytiharan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang mana kandungannya berbunyi :
"BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM,
BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK MALAYSIA IAITU DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI MAKA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM BELAS."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 30 2019

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama hari ini. - Foto Bernama

Hutan Simpan Bukit Enggang jadi projek perintis kajian REE
Kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik dipilih sebagai projek perintis untuk mengkaji dan melihat kesan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE).
Bantu lebih ramai miliki rumah sendiri - Juwai IQI
Kemampuan pemilikan perumahan adalah keutamaan kerana ia penting dalam memupuk kestabilan ekonomi dan kemakmuran rakyat.

New Zealand siap sedia adakan pilihan raya umum di tengah risiko kemelesetan ekonomi
New Zealand sedang bersiap sedia mengadakan pilihan raya umum pada 14 Okt, menyaksikan kira-kira 3.8 juta pengundi berdaftar memilih 120 Ahli Parlimen.
[TERKINI] Keputusan subsidi ayam dan telur dalam tempoh dua hari lagi
Keputusan berkaitan subsidi mengambil kira jualan yang mula dipasarkan di bawah harga siling serta bekalan di pasaran yang semakin stabil.
PM Thailand beri jaminan tidak jejas keyakinan pelancong
Dua individu maut dalam insiden tembakan di Pusat Beli-belah Siam Paragon, Bangkok pada Selasa.
Unjuran inflasi Malaysia kekal paras 3.1 peratus
Malaysia menunjukkan prestasi yang baik dengan pelaburan langsung domestik dan pelaburan langsung asing yang agak kukuh.
AWANI Ringkas: 15 Ketua Perwakilan Diplomatik baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Angka korban kebakaran majlis perkahwinan di Iraq meningkat kepada 119
Angka kematian akibat kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di Wilayah Nineveh Iraq meningkat kepada 119 selepas lebih 20 orang maut akibat melecur teruk.

Zii Jia 'jinakkan' juara dunia, mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir selepas menundukkan juara dunia Kunlavut Vitidsan di pusingan ketiga acara badminton Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Binjiang.

Wabak pepijat di Perancis ibarat 'neraka' - Menteri Kesihatan
Menteri Kesihatan Perancis Aurelien Rousseau pada Selasa meminta masyarakat supaya bertenang susulan wabak pepijat yang melanda Perancis, khususnya di Paris.

Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat tidak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat.

COVID-19: Agong, Permaisuri jalani proses kuarantin, 7 kakitangan istana positif
Istana Negara memaklumkan Seri Paduka Baginda Berdua disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani proses saringan di Istana Negara.

Lantik PM baharu, Agong zahirkan nilai-nilai kepimpinan Melayu dalam Institusi Diraja
Shamsul berkata, kebijaksanaan Agong itu dalam menyelesaikan kemelut politik negara ketika ini adalah bagi memastikan tidak berlaku huru-hara dalam kalangan rakyat.

Agong sekali lagi turun kenderaan periksa mangsa kemalangan Lebuhraya MEX
Berdasarkan perkongsian laman Instagram Istana Negara , Seri Paduka ketika itu sedang dalam perjalanan ke Majlis Menghadap Pra Kabinet.

Ucapan romantis Agong zahir penghargaan kepada Permaisuri mencuit hati
Al-Sultan Abdullah hari ini mencuit hati jemputan yang hadir pada perasmian 'Pameran Raja Kita' apabila bertitah menzahirkan ucapan terima kasih secara peribadi kepada Raja Permaisuri Agong.

Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bantu mangsa kemalangan
Keperibadian menawan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda membantu mangsa kemalangan.

Surat hasrat perjodohan, Sijil Nikah Sultan Abdullah-Tunku Azizah di Muzium Diraja
Beberapa dokumen pernikahan seperti buku atur cara pernikahan, sijil nikah, serta alas tempat akad nikah turut dipamerkan di Muzium Diraja.

Tidak pernah ber'dating', Raja Permaisuri Agong kenang cinta 'padang polo'
Titah Raja Permaisuri Agong, disebabkan ayahanda baginda terlalu tegas, baginda tidak pernah keluar berjanji temu dengan Tuanku Agong.

#AgongKita: Ikrar Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini selamat ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Upacara Hormat Diraja dahului atur cara istiadat pertabalan
Upacara penuh ketenteraan Hormat Diraja di Dataran Istana Negara mendahului atur cara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.