[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
NATIONAL

#AgongKita: 'So sweet' YDP Agong, Permaisuri saling berpegangan tangan

Harits Asyraf Hasnan 30/07/2019 | 06:44 MYT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16. - fotoBERNAMA
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah saling berpegangan tangan dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Istiadat Pertabalan Agong Ke-16.
Gelagat itu dirakam menerusi siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena istiadat tersebut yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum itu menerima Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama yang dibarisi 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Rata-rata para netizen menyifatkan gelagat kedua-dua Baginda begitu comel dan amat mesra.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AgongKita #Al-Sultan #Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin #Istiadat Pertabalan YDPA XVI #Tunku Azizah Maimunah Iskandariah