awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kekasih didakwa bunuh Suri
Juruukur didakwa bunuh ibu, adik angkat
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahlan wasahlan ... 'Saudia' selamat datang!

Razak Chik
Razak Chik
15/10/2019
15:05 MYT
Ahlan wasahlan ... 'Saudia' selamat datang!
Dreamliner-10 menggantikan Dreamliner Dash-9 bagi tujuan menambah kapasiti dan juga peningkatan perkhidmatan penerbangan. - Sumber foto: MAHB
ARAB Saudi kini bersedia untuk menerima lebih ramai pelawat dari Malaysia dengan peningkatan khidmat udara antara kedua-dua negara.
Bermula Selasa, laluan KUL-Jeddah-KUL kendalian syarikat penerbangan Arab Saudi – Saudia; menggunakan pesawat Boeing 787 Dreamliner-10.
Dreamliner-10 menggantikan Dreamliner Dash-9 bagi tujuan menambah kapasiti dan juga peningkatan perkhidmatan penerbangan.
Pada Selasa, SV 834 diberi penghormatan tradisi ketibaan sulung penerbangan 8 jam dari Jeddah.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5 petang, pesawat itu diberi penghormatan tradisi dengan gerbang pancutan air dari pasukan bomba KLIA.
SV 834 mampu memuatkan 333 penumpang kelas ekonomi ditambah dengan 24 tempat duduk kelas perniagaan.
Pesawat yang sama – tetapi dengan kod penerbangan SV835 kemudian bertolak pulang ke Jeddah pada jam 8 malam.
Boeing 787 Dreamliner-10. - Sumber foto: MAHB
Boeing 787 Dreamliner-10. - Sumber foto: MAHB
Peningkatan perkhidmatan dari Saudia seiring dengan langkah negara itu melonggarkan syarat-syarat kemasukan pelancong asing yang ditetapkan pemerintah Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
Ini termasuk membenar pengunjung yang bukan mahram berkongsi bilik hotel dan juga syarat pemakaian abaya diketepikan.
Insentif lain termasuk pengenalan `Visa-On Arrival’ (VOA) kepada beberapa negara termasuk Malaysia dan Brunei.
Arab Saudi sedang memasuki fasa perubahan politik, ekonomi dan sosial yang dirancang pemerintah muda negara itu bertujuan meluaskan sumber pendapatan dan penjanaan aktiviti ekonomi.
Ini diharap dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber petroleum sebagai sumber pendapatan.
Untuk lapan bulan pertama, Saudia membawa seramai 379,746 penumpang antara Arab Saudi dan Malaysia berbanding 345,852 penumpang pada jangka masa yang sama tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Boeing 787 Dreamliner
#hidmat udara
#Jeddah
#KUL-Jeddah-KUL
#pelawat dari Malaysia
#Saudia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan