KUALA LUMPUR: Ahli-Ahli Dewan Negara mencadangkan supaya seorang wakil dapat dilantik sebagai senator bagi mewakili golongan terlibat dengan seni dan budaya bagi membawa permasalahan dihadapi dalam bidang itu serta memperjuangkan nasib golongan berkenaan.
Ahli Dewan Negara mewakili orang kurang upaya (OKU) Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata beliau bersetuju dengan cadangan itu kerana pelbagai isu melibatkan golongan berkenaan dapat diperjuangkan.
"Saya setuju (cadangan melantik Senator mewakili seni dan budaya) sangat sebab banyak boleh kita lakukan dan wakilnya seharusnya dapat kita pilih secepat mungkin," katanya dalam sesi libat urus Senat, Obor Baharu Parlimen Malaysia secara maya hari ini.
Pada masa sama, Senator Datuk Razali Idris yang turut bersetuju dengan cadangan itu berkata tindakan segera perlu diambil bagi merealisasikan usaha tersebut.
"Berkenaan wakil seni dan budaya, saya bersetuju sangat dan kita kena ambil tindakan segera sebab mereka ini juga memerlukan seorang wakil untuk menyuarakan apa yang berlaku dalam kalangan penggiat seni dan budaya di negara, ini (pelantikan itu) penting," katanya.
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim yang mempengerusikan sesi tersebut mencadangkan supaya semakan dibuat terhadap kaedah pelantikan Ahli Dewan Negara dengan melihat semula sekiranya terdapat sektor yang tertinggal, antaranya seni dan budaya.
Senator Mohd Apandi Mohamad berkata selain yakin usaha melantik senator yang mewakili sektor seni dan budaya itu dapat dilakukan dalam masa terdekat, Ahli Dewan Negara yang mewakili kesatuan pekerja juga perlu dilantik.
"Kita minta wakil daripada kesatuan sekerja...ini cukup penting kerana (wakil kesatuan pekerja) mewakili hampir 10 juta penduduk Malaysia, ini kita kena beri penekanan," katanya.
Sementara itu, Ras Adiba memohon supaya menambah individu OKU bagi mewakili golongan itu sebagai Ahli Dewan Negara memandangkan 4.7 juta rakyat Malaysia adalah OKU dengan mengambil kira 15 peratus populasi sesebuah negara itu ialah kumpulan tersebut berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Saya seorang sahaja yang mewakili sahabat-sahabat OKU kita di negara kita. Justeru, saya pohon agar diberi peluang untuk kita adakan seorang atau dua lagi sahabat OKU (sebagai Ahli Dewan Negara)," katanya sambil memohon jumlah wanita di Dewan Negara juga dapat ditambah.
Selain itu, Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata beliau akan cuba sedaya upaya memberikan sokongan kepada liputan berita di Dewan Negara.
"Saya akan cuba sedaya saya di Bernama untuk berikan sokongan supaya subjek-subjek yang sahabat senator kita utarakan dapat diuar-uarkan di sana. Sudah tiba masanya masyarakat mengetahui dan memahami Dewan Negara itu penting," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 19 2021
Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata beliau bersetuju dengan cadangan itu kerana pelbagai isu melibatkan golongan berkenaan dapat diperjuangkan. - Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Lelaki rempuh kenderaan Kastam, terjun keluar MPV
Seorang lelaki sanggup merempuh kenderaan kastam dan terjun daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) yang masih bergerak ketika cuba meloloskan diri bersama dadah bernilai RM3.5 juta di Pokok Sena.
Bernie Sanders dipilih semula di Vermont, peroleh penggal keempat di Senat AS
Senator bebas Bernie Sanders menewaskan Gerald Malloy bagi memperoleh penggal keempat di Senat AS.
Polis buka kertas siasatan fitnah senator paksa pengawal peribadi makan khinzir
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada senator berusia 38 tahun itu pada 8.31 malam tadi.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Bekas ADUN Nangka angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Bekas ADUN Nangka, Sarawak Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara.
38 Senator ambil bahagian bahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Seramai 38 Ahli Dewan Negara mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa lepas di Dewan Negara.
ADUN Bayu, Setiausaha Pas Kedah dipilih jadi Senator
Persidangan DUN Kedah bersetuju memilih ADUN Bayu Abd Nasir Idris dan Setiausaha Pas Kedah Musoddak Ahmad sebagai Senator.
Senator AS Marsha Blackburn ahli politik AS terbaharu lawat Taiwan
Senator AS Marsha Blackburn ahli politik AS terbaharu lawat Taiwan
Kerajaan disaran tambah hari bersidang untuk perkasa Dewan Negara
Khairudin berkata tempoh 28 hari bersidang dalam setahun adalah tidak mencukupi untuk para senator memperjuang nasib rakyat.
Tiga senator angkat sumpah ahli Dewan Negara
Mereka ialah Ketua Muslimat Pas Nuridah Mohd Salleh, Ketua Penerangan Wanita UMNO Sabah Noraini Idris dan Pengarah Eksekutif Berjaya Corp Datuk Seri Zurainah Musa.
Pegawai khas Shahidan Kassim dilantik senator
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini menerima cadangan pelantikan dua Ahli Dewan Negara baharu yang dikemukakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.