awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Dewan Negara mahu kerajaan naikkan denda tiada VEP 10 kali ganda

Bernama
Bernama
13/04/2023
13:15 MYT
Ahli Dewan Negara mahu kerajaan naikkan denda tiada VEP 10 kali ganda
Senator Datuk Ahmad Ibrahim berkata cadangan bagi meningkatkan jumlah denda RM50 yang dikenakan buat masa ini sudah dikemukakan kepada kerajaan dan akan dibawa ke peringkat Kabinet. - Gambar Bernama
KUCHING: Seorang Ahli Dewan Negara meminta kerajaan mempertimbang kenaikan denda kepada RM500 bagi pemilik kenderaan asing yang didapati tidak memohon Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan negara.
Senator Datuk Ahmad Ibrahim berkata cadangan bagi meningkatkan jumlah denda RM50 yang dikenakan buat masa ini sudah dikemukakan kepada kerajaan dan akan dibawa ke peringkat Kabinet.
"Perkara ini perlu melalui proses di Kementerian Pengangkutan dan agensi di bawahnya... kemungkinan ada jumlah siling juga untuk saman ini," katanya kepada pemberita di Majlis Iftar Media bersama beliau hari ini.
Beliau berkata setakat ini, VEP hanya berkuat kuasa untuk kenderaan dari Singapura yang melalui pintu masuk antarabangsa di Johor dan akan diperluas di sempadan negara membabitkan Thailand, Indonesia serta Brunei.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 di Dewan Negara pada Isnin lepas, Ahmad turut mengusulkan agar kerajaan mengenakan syarat ketat VEP ke atas kenderaan luar yang pernah atau mempunyai rekod saman tinggi di Malaysia.
Katanya ia bagi memastikan pihak terbabit tidak memanipulasi undang-undang sedia ada dan bermaharajarela melakukan kesalahan di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brunei
#Dewan Negara
#Rang Undang-Undang
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan