GEORGE TOWN: Ketika Malaysia semakin menghampiri status menjadi 'negara tua', peranan ahli farmasi di negara ini digesa supaya melengkapkan diri dengan lebih baik untuk memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif kepada orang ramai untuk jangka masa panjang.
Justeru, Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)-Pulau Pinang, MPS Young Pharmacist Chapter-Pulau Pinang dan Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia (Cawangan Utara) telah bekerjasama untuk menganjurkan Konvensyen Ahli Farmasi Pulau Pinang (PPC) 2022 bagi membantu ahli farmasi menjalankan peranan mereka dengan lebih berkesan.
Pengerusi Penganjur PPC 2022, Tan Zhi Kai berkata data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas telah meningkat kepada 7.3 peratus berbanding tujuh peratus dalam tempoh hanya setahun.
"Saya berharap konvensyen yang bertemakan Aging and Geriatric Health (Penuaan dan Kesihatan Geriatrik) ini dapat membantu meluaskan pelbagai pengetahuan dalam kesihatan penuaan dan geriatrik. Saya percaya semua ahli farmasi boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan kualiti hidup warga emas," katanya dalam ucapan perasmian di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Dr Norlela Ariffin berkata konvensyen ini adalah platform yang ideal untuk ahli farmasi kerana ia akan membantu meluaskan pengetahuan mereka dalam kesihatan penuaan dan geriatrik, sekali gus akan menyumbang secara signifikan kepada amalan mereka.
Beliau berkata Malaysia dijangka mencapai status 'negara tua' menjelang 2030 apabila 15 peratus daripada jumlah penduduk adalah warga emas berumur 60 tahun ke atas, manakala penduduk warga emas di Pulau Pinang dijangka meningkat kepada 26.2 peratus menjelang 2040.
"Dengan kemuncak pandemik COVID-19 telah berlalu, tidak seharusnya membayangi kesejahteraan penduduk warga emas dalam masyarakat kita kerana mereka adalah harta dalam masyarakat kita," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022

Peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas telah meningkat kepada 7.3 peratus berbanding tujuh peratus dalam tempoh hanya setahun. - Gambar hiasan

China bantah tindakan AS tembak jatuh belon 'awam'
China mengemukakan bantahan selepas 'belon' ditembak jatuh oleh Amerika Syarikat (AS).

Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.

Gempa bumi: MRA lancar tabung bantu mangsa di Turkiye, Syria
MRA merayu orang ramai untuk menyumbang bagi membantu agensi itu menyalurkan bantuan kepada dua negara tersebut.

Polis sahkan tiada NGO di Johor terlibat kongsi gelap
Polis Johor mengesahkan tiada badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu yang terlibat dengan kegiatan kongsi gelap.

China tolak adakan rundingan selepas 'belon' ditembak jatuh - Pentagon
Beijing menolak tawaran untuk mengadakan rundingan selepas Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon pengintip yang didakwa milik China.

6 maut, 9 cedera van terbabas ketika turun Genting Highlands
Enam maut manakala sembilan lagi cedera selepas van dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer (KM) 4.8 Jalan Genting Highlands di sini, pada Rabu.

Dewan Rakyat | Semua ‘backbencher’ disaran sertai jawatankuasa khas
Semua Ahli Parlimen yang tidak memegang sebarang jawatan eksekutif disaran untuk menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Gempa Turkiye | Agong seru rakyat Malaysia salur bantuan kemanusiaan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia salurkan bantuan kemanusian kepada kerajaan Turkiye dan Syria berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan.

Gempa Bumi | Angka korban di Turkiye dan Syria melepasi 8,700
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 8,700 setakat ini.

Dakwaan Nepotisme | Johari nafi anak memegang sebarang jawatan kerajaan
Datuk Johari Abdul mengulangi kenyataannya bahawa tiada sebarang pelantikan jawatan kerajaan dibuat ke atas anaknya, Mohammed Iqbal setakat ini, sekali gus menafikan beliau mengamalkan nepotisme.

KPWKM terajui perancangan dasar Malaysia hadapi status negara tua menjelang 2030
Pada 2030, dijangka sebanyak 15.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas.

Ahli farmasi digesa lengkapkan diri untuk Malaysia menuju status negara tua
Peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas telah meningkat kepada 7.3 peratus berbanding tujuh peratus dalam tempoh hanya setahun.

Kemudahan warga emas tidak mencukupi menjelang status 'negara tua' 2030 - Ras Adiba
Walaupun berbaki beberapa tahun sahaja lagi sebelum negara dijangka mencapai status 'negara tua' pada 2030, namun kemudahan untuk warga emas masih lagi tidak mencukupi.

Menuju negara tua 2030: Kerajaan perlu fokus bangunkan ekonomi penuaan - Pakar
Kerajaan perlu melihat dari sudut menyediakan warga emas yang aktif dan mampu menyumbang kepada negara.

Bajet 2023: MMA harap peruntukan kesihatan naik 5 peratus
Pembentangan Bajet 2023 dijadual pada 7 Oktober ini.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

KPWKM komited perkukuh kerangka undang-undang berkaitan warga emas
Usaha itu sebagai mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh semua golongan masyarakat.

Penuaan usia populasi: Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes
Pada tahun 2030, rakyat Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas akan jauh melebihi rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun ke bawah.

Hari Warga Emas: Jangan abai kebajikan warga emas
Kerajaan wajar beri tumpuan kepada warga emas, apatah lagi negara dijangka menjadi negara tua pada 2030.

Menuju negara tua, Malaysia perlu lebih banyak pusat jagaan warga emas
Selain perkhidmatan jagaan, pusat itu boleh turut berperanan melahirkan warga emas yang sihat, aktif dan cergas.