awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli GISB didapati amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Bernama
Bernama
23/09/2024
10:15 MYT
Ahli GISB didapati amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN
Razarudin berkata polis menemui pelbagai risalah dan buku di premis milik GISB menerusi Op Global yang dilancarkan bulan ini. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) masih mengamalkan Tarekat Aurad Muhammadiyah yang disahkan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar pada 1994.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia susulan penemuan risalah dan buku-buku di premis milik GISB menerusi Op Global yang dilancarkan bulan ini.
Razarudin berkata buku dan risalah yang dirampas telah diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata semua buku dan risalah yang dirampas dalam Op Global mempunyai kaitan dengan pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad, organisasi yang difatwakan sesat pada 1994.
"Untuk perkara ini, Jakim dan pihak berkuasa agama yang akan menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Selain itu, Razarudin berkata siasatan polis terhadap GISB kini menjurus kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 dan akan menggunakan seluruh peruntukan serta undang-undang sedia ada termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Beliau berkata ia bagi memastikan tiada usaha untuk menggerakkan kembali syarikat berkenaan pada masa akan datang selepas pihak berkuasa mengambil tindakan.
"Ketika Al-Arqam diharamkan, kita tidak mempunyai undang-undang seperti ini dan membuatkan bekas-bekas ahli Al-Arqam menubuhkan GISB dan bergerak sebagai sebuah syarikat kini kami mahu ia ditamatkan sepenuhnya, oleh itu segala tindakan kami perlu dijalankan dengan berhati-hati," katanya.
Dalam pada itu, Razarudin turut menyeru ahli GISB yang melarikan diri susulan Op Global supaya tampil kepada pihak berkuasa agar bantuan sewajarnya dalam pelbagai bentuk temasuk kebajikan dan sokongan psikologi dapat diberikan.
"Banyak premis yang diserbu dalam Op Global fasa empat minggu lepas didapati kosong dan dipercayai ahli yang mendiami serta menguruskan premis berkenaan telah melarikan diri," katanya sambil menambah dianggarkan GISB disertai sebanyak 10,000 ahli termasuk kanak-kanak.
"Kita percaya sistem sokongan mereka telah musnah berikutan aset-aset dan akaun syarikat ini telah dibekukan menerusi Op Global," katanya.
Razarudin berkata berteraskan ihsan yang merupakan satu daripada enam rukun Malaysia MADANI, pihak polis amat prihatin terhadap ahli-ahli GISB yang melarikan diri tanpa arah tuju serta tidak mempunyai tempat tinggal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Global
#GISB
#Tarekat Aurad Muhammadiyah
#Ketua Polis Negara
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan