Ahli Parlimen bergelar Datuk Seri pungut habuan jutaan ringgit dalam radar SPRM

Sinar Harian
November 9, 2018 08:04 MYT
Suspek yang tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan namun memperoleh laba yang sangat besar atas peranannya menjadi orang tengah.
Seorang anggota Parlimen bergelar Datuk Seri berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai memperoleh jutaan ringgit hasil komisyen menjadi orang tengah bagi beberapa projek kerajaan.
Suspek yang tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan namun memperoleh laba yang sangat besar atas peranannya menjadi orang tengah.
Beliau didakwa memperoleh habuan antara lapan dan 10 peratus bagi setiap projek yang dibantunya.
Projek itu dijalankan antara 2015 sehingga sebelum PRU14.
SPRM sedang dalam peringkat akhir melengkapkan siasatan berhubung kes yang melibatkan projek bernilai lebih RM3 bilion.
Menurut laporan NST, sebanyak 10 projek di bawah Kementerian Kewangan dicurigai.
Antara projek yang sedang diteliti adalah Lebuh Raya Pantai Barat yang melibatkan jajaran sejauh 316km selain pemerolehan ambulans untuk Kementerian Kesihatan pada tahun lalu.
Kehadiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke suruhanjaya itu semalam dipercayai berkaitan dengan kes ini.
#Datuk Seri #Kementerian Kesihatan #Kementerian Kewangan #Malaysia #menteri #Parlimen #projek kerajaan #PRU14 #Rasuah #siasatan #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #suspek