MALAYSIA
Ahli Parlimen BN minta RUU PSB ditangguhkan sementara - Mohamad
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan bantuan kewangan, pendidikan dan warga emas di Dewan Orang Ramai Rantau, hari ini. - Foto Bernama
SEREMBAN: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berharap bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) atau Urban Renewal Act (URA) ditangguhkan sementara dengan mengambil kira kebimbangan banyak pihak.
Ringkasan AI
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi melalui sesi libat urus secara menyeluruh dengan semua pihak berkepentingan.
"Saya berpandangan RUU PSB ini yang telah pun dibaca untuk kali pertama di Dewan Rakyat dicadangkan untuk (dinilai semula) dari segi kelompongan.
"Saya telah bermesyuarat dan berjumpa dengan semua ahli Parlimen BN, kami menyatakan kebimbangan dan mahu supaya RUU ini ditangguhkan, dan dibuat keterlibatan secara tuntas dengan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas program Penyampaian Sumbangan Ahli Parlimen Rembau di Dewan Orang Ramai Rantau hari ini.
Menteri Luar itu berkata BN berharap supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menangguhkan RUU tersebut dan mengadakan rundingan bersama semua pihak sebelum ia dibawa semula untuk diluluskan di Parlimen.
"Ini supaya apabila RUU ini diluluskan nanti, tidak ada mana-mana pihak yang menjadi mangsa. Kami bimbang dengan isu threshold yang dicadangkan, pada asalnya memerlukan persetujuan 100 peratus daripada semua pemilik premis, tetapi kini mahu diturunkan kepada 80 peratus sahaja. Persoalannya, bagaimana dengan hak 20 peratus lagi? Perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya," katanya.
RUU PSB 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, sebelum ini antara lain bertujuan memastikan kawasan perumahan lama yang uzur, daif dan usang dapat dibangunkan semula secara lebih terancang, adil dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan bandar yang mampan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Barisan Nasional (BN) mencadangkan agar bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 ditangguhkan sementara bagi memberi ruang kepada sesi libat urus.
- Mohamad Hasan berkata, terdapat kebimbangan terhadap isu seperti penurunan kadar persetujuan pemilik premis daripada 100% kepada 80%, yang boleh menjejaskan hak minoriti.
- Beliau menegaskan bahawa penangguhan ini penting agar tiada pihak menjadi mangsa apabila RUU diluluskan kelak.