awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen cadang dapatkan persetujuan PDRM sebelum laksana IPCMC

Bernama
Bernama
14/07/2020
12:21 MYT
Ahli Parlimen cadang dapatkan persetujuan PDRM sebelum laksana IPCMC
IPCMC bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi meningkatkan integriti dan keupayaan pasukan polis. Gambar fail
Kerajaan dicadang mendapatkan persetujuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Cadangan itu dibuat Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) ketika membahaskan usul ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen ke-14.
"Kalau nak menghidupkan IPCMC kita perlu mendapatkan persetujuan dan input daripada pihak polis untuk meningkatkan kembali imej polis. Kalau polis tak setuju, tak perlu adakan IPCMC, kalau polis setuju kita adakan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Pada November lepas, media melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mencadangkan kerajaan tidak terburu-buru membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) IPCMC di Dewan Rakyat supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen boleh melibat urus pemegang kepentingan dan mendengar pandangan yang dibangkitkan PDRM
Pembentangan RUU itu di Dewan Rakyat pada Disember lepas ditangguh untuk penambahbaikan. Pada persidangan ini, RUU itu tersenarai di nombor empat dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk bacaan kali kedua.
IPCMC bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi meningkatkan integriti dan keupayaan pasukan polis dan akan bertindak sebagai badan pemantau bebas bagi menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.
Sementara itu, Ahmad mencadangkan supaya diwujudkan semula tiga pasukan khas dalam PDRM iaitu Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Dewan Rakyat
#IPCMC
#Ketua Polis Negara
#Parlimen
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#siasatan
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan