awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen cadang tubuh jawatankuasa kaji teknologi AI, perbaiki prestasi dalam PISA

Bernama
Bernama
28/02/2024
23:40 MYT
Ahli Parlimen cadang tubuh jawatankuasa kaji teknologi AI, perbaiki prestasi dalam PISA
Ahli Parlimen Ayer Hitam mencadangkan Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji kaedah meningkatkan kualiti pendidikan serta memperbaiki prestasi negara dalam PISA. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menubuhkan satu jawatankuasa tindakan bagi mengkaji kesan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebelum ia digunakan secara meluas dalam negara.
Syahredzan Johan (PH-Bangi) berkata pengenalan teknologi AI boleh menyebabkan beberapa cabaran seperti pelanggaran hak cipta dan harta intelek, kesan kepada kelangsungan kerjaya pembuat kandungan dan pereka kreatif tempatan serta penularan maklumat palsu jika ia tidak dikawal selia.
"Tidak dinafikan AI mengubah hidup kita dengan banyak kebaikan, tetapi kita tidak boleh memandang enteng isu-isu yang berbangkit dengan AI," katanya ketika membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, semalam.
Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mencadangkan Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji kaedah meningkatkan kualiti pendidikan serta memperbaiki prestasi negara dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA).
Beliau berkata pelajar Malaysia kini ketinggalan dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris jika dibandingkan dengan negara lain yang menganggotai Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
"Kita berada di tangga ke-51 daripada 81 negara dalam kajian PISA 2022, khususnya dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Malah, kita terburuk dalam kalangan tujuh negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syahredzan Johan
#Dewan Rakyat
#teknologi AI
#PISA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan