Skip to main content

Malaysia

Ahli Parlimen didakwa langgar SOP, polis Kedah buka kertas siasatan

51625380584_Datuk.jpg
ALOR SETAR: Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar seorang Ahli Parlimen bergelar ‘Datuk’ di negeri ini yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Menerusi gambar yang ditular di laman sosial, Ahli Parlimen terbabit dikatakan sedang duduk di atas meja sambil bersila dan minum teh serta bersembang santai secara terbuka ketika satu program bantuan.

Ramai yang mempertikaikan tindakan ahli Parlimen terbabit sedangkan Kedah ketika ini masih menjalani  Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang antara lain tidak membenarkan sebarang bentuk majlis keramaian.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya sudah membuka siasatan berhubung kes itu di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.

“Polis sedang mengesan beberapa saksi untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Advertisement

Must Watch Video