awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen disaran sertai KRPPM galak usaha SDG - Saifuddin

Bernama
Bernama
05/03/2022
20:40 MYT
Ahli Parlimen disaran sertai KRPPM galak usaha SDG - Saifuddin
Saifuddin mengadakan sesi dialog SDG bersama kira-kira 60 pelajar universiti di EduCity Hub, Bandar Medini Iskandar, Johor Bahru, 5 Mac 2022. - Foto Twitter Saifuddin Abdullah
JOHOR BAHRU: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menyarankan Ahli Parlimen untuk menyertai Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) bagi menggalakkan usaha penumpuan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dalam kalangan konstituen.
Menurut beliau, 30 Ahli Parlimen telah menyertai KRPPM untuk tujuan itu.
"Setiap ahli akan menganjurkan empat hingga lima projek dalam setahun untuk penumpuan sasaran SDG dalam kalangan konstituen. Walaupun perlahan tapi pasti kita akan dapat mewujudkan kesedaran tentang SDG dalam kalangan orang awam melalui projek-projek tersebut.
"Sehubungan itu, kami ingin mempelawa lebih ramai Ahli Parlimen untuk menyertai usaha ini," katanya kepada Bernama selepas sesi dialog SDG di EduCity Hub di Bandar Medini Iskandar, semalam, yang dihadiri 60 pelajar universiti.
Saifuddin berkata kementerian sedang merancang untuk memperluaskan usaha penyetempatan SDG ke bahagian utara Malaysia, khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.
"Hampir 50 peratus perdagangan sempadan antara kedua-dua negara berlaku di sana. Oleh itu kami mengambil kira agenda dinamik ini dalam usaha penumpuan kami," katanya.
Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata kementerian itu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha untuk mewujudkan penumpuan SDG di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia
#Saifuddin Abdullah
#SDG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan