awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Gerik beremosi, sidang Dewan Rakyat 'cemas' seketika

Bernama
Bernama
20/02/2023
14:32 MYT
Ahli Parlimen Gerik beremosi, sidang Dewan Rakyat 'cemas' seketika
Fathul Huzir meminta maaf dan menyatakan keadaan itu mungkin disebabkan beliau terlalu emosi, ketika berbahas. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat sedikit 'cemas' apabila Ahli Parlimen Gerik Fathul Huzir Ayob kelihatan tidak selesa dan percakapannya tersekat-sekat, ketika sedang membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
Situasi itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor, beberapa kali bertanyakan keadaan kesihatan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu, sama ada beliau boleh meneruskan perbahasan.
"Kalau yang berhormat kurang sihat...Yang Berhormat boleh teruskan ke atau pun perlukan masa sikit?," katanya.
Fathul Huzir yang sebelum itu duduk dan meneguk air, kemudiannya meminta maaf dan menyatakan keadaan itu mungkin disebabkan beliau terlalu emosi, ketika berbahas.
Beliau kemudian melonggarkan tali leher yang dipakainya dan seterusnya menyambung perbahasan, namun sekali lagi kelihatan tidak selesa, sebelum Datuk Willie Anak Mongin (GPS-Puncak Borneo) meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan memberikan ruang kepada Fathul Huzir untuk berehat.
Ramli kemudian meminta bentara membantu Fathur Huzir mendapatkan rawatan di klinik dan mendapatkan rehat.
Terdahulu ketika berbahas, suara Fathul Huzir kedengaran sebak dan tersekat-sekat apabila menyentuh isu infrastruktur kesihatan dan kemudahan jalan raya serta kemiskinan rakyat di Gerik.
"Di Gerik iaitu tempat di Hulu Perak kaya dengan hasil bumi seperti balak, bijih timah, emas dan terbaharu (perlombongan) lantanid...kalau difikirkan secara logik, sepatutnya tidak ada orang Gerik yang miskin.
"Tetapi hakikatnya berbeza...kehidupan kami tetap susah, jalan kampung tidak berturap...bila ditanya, tiada peruntukan," katanya.
Keadaan itu menyebabkan beliau beberapa kali memberhentikan perbahasan dan tercungap-cungap, malah membetulkan tali lehernya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ditemui di depan klinik Parlimen selepas beliau melawat Fathul Huzir berkata, Ahli Parlimen Gerik itu berada dalam keadaan baik dan hanya memerlukan rehat.
"Fathul Huzir sihat, (beliau) muda. Pejuang memang begitu, bersemangat ketika berbahas," katanya.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Sidang Dewan Rakyat
#Ahli Parlimen Gerik
#Fathul Huzir Ayob
#kemiskinan Gerik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan