MALAYSIA

Ahli Parlimen Langkawi cedera kereta terbabas

Adie Sufian Zulkefli 12/05/2025 | 09:48 MYT
Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal membuat pusingan U secara tiba-tiba, menyebabkan kereta Mohd Suhaimi terbabas. - Gambar/ Ihsan pembaca
YAN: Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah cedera selepas kereta yang dinaiki bersama isteri terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap-Yan di sini, pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Datuk Mohd Suhaimi Abdullah cedera selepas kereta yang dinaiki bersama isterinya terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap-Yan.
  • Kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal membuat pusingan U secara tiba-tiba, menyebabkan kereta Mohd Suhaimi terbabas.
  • Mohd Suhaimi mengalami cedera di bibir dan sakit di pinggang, manakala isterinya tidak cedera. Kereta mereka mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Kemalangan jam 10 pagi itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan untuk menziarahi rakannya yang meninggal dunia di pekan Sungai Limau, di sini.
Menurut sumber, ketika sampai ke lokasi, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dikatakan membuat pusingan U secara tiba-tiba, menyebabkan Mohd Suhaimi yang memandu cuba mengelak, lalu keretanya terbabas dan jatuh ke tebing tali air.
Suhaimi mengalami cedera di bibir manakala isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Akibat kemalangan itu, Pengerusi Bersatu Kedah terbabit mengalami cedera di bibir manakala isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bagaimanapun kereta jenis Nissan Almera yang dinaiki mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.
Mohd Suhaimi dan isteri kemudian dibantu orang ramai di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Bersatu Kedah, Datuk Salleh Saidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, insiden berlaku ketika Mohd Suhaimi dalam perjalanan dari Langkawi ke Yan bagi memberi penghormatan terakhir kepada sahabatnya yang meninggal dunia.
"Beliau selamat dan hanya membuat imbasan sinar X di Hospital Yan kerana bahagian pinggangnya sakit.
“Alhamdulillah semua selamat. Terima kasih atas doa semua," katanya.
#Ahli Parlimen Langkawi #Suhaimi Abdullah #kemalangan #kereta terbabas