MALAYSIA
Ahli Parlimen Malaysia teguh sokong misi '1000 Flotilla"
Shahar menegaskan, komitmen itu bukan sahaja dari sudut moral, tetapi juga melalui usaha diplomatik dan undang-undang bagi menjamin keselamatan peserta flotilla. - Foto JAPEN.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Malaysia merentasi parti politik hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap misi kemanusiaan 1000 Flotilla “Break the Siege” dan Sumud Nusantara.
Ringkasan AI
Misi yang digerakkan Malaysia bersama rangkaian antarabangsa itu bertujuan memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza yang telah berlarutan selama 18 tahun.
Pengerusi Kelab Backbenchers (BBC), Datuk Mohd Shahar Abdullah menegaskan, komitmen itu bukan sahaja dari sudut moral, tetapi juga melalui usaha diplomatik dan undang-undang bagi menjamin keselamatan peserta flotila.
“Kami juga berikrar untuk melaksanakan segala usaha diplomatik dan undang-undang yang mungkin bagi mempertahankan keselamatan para peserta flotila.
“Sekiranya Israel bertindak agresif terhadap misi ini, Malaysia akan menyokong tindakan undang-undang dan diplomatik antarabangsa yang diperlukan untuk memastikan rejim Israel dipertanggungjawabkan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media di Parlimen bersama beberapa Ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang.
“Seluruh Ahli Parlimen Malaysia diseru untuk berdiri teguh dalam solidariti, tanpa mengira garis parti, dalam mempertahankan hak-hak rakyat Palestin,” katanya.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen turut menggesa kerajaan Malaysia mengambil langkah lebih berani di pentas antarabangsa, termasuk mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengambil tindakan tegas terhadap Israel.
“Kerajaan Malaysia juga digesa mengambil langkah yang lebih tegas di peringkat antarabangsa, termasuk mendesak tindakan tegas diambil terhadap Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC),” katanya.
Ahli Parlimen juga menyeru rakyat Malaysia menyertai Perhimpunan Bersamamu Gaza dan 1000 Flotilla Nusantara Break the Siege pada 24 Ogos ini di Dataran Merdeka, sebagai tanda solidariti bersama Palestin.
Misi flotila terbesar ke Gaza bakal digerakkan awal September ini dengan penyertaan lebih 44 negara, termasuk Malaysia yang tampil sebagai antara peneraju utama.
Konvoi darat akan bermula pada 22 hingga 24 Ogos di Malaysia, diiringi pelbagai program termasuk himpunan selawat dan karnival solidariti di Dataran Merdeka.
Pelancaran rasmi misi flotila akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 24 Ogos sebelum kapal pertama berangkat dari Sepanyol pada 31 Ogos, disusuli konvoi kedua dari Tunisia pada 4 September.
Penganjur juga tidak menolak kemungkinan misi tersebut dipintas oleh tentera laut Israel, atau sekatan birokrasi di pelabuhan negara tertentu, serta ancaman keganasan sebagaimana tragedi Mavi Marmara pada tahun 2010.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Ahli Parlimen Malaysia menyokong penuh misi kemanusiaan 1000 Flotilla dan Sumud Nusantara, yang bertujuan memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza dan mempertahankan hak rakyat Palestin secara diplomatik dan undang-undang.
- Malaysia antara peneraju utama misi flotila terbesar ke Gaza, dengan pelancaran rasmi oleh Perdana Menteri pada 24 Ogos dan penyertaan lebih 44 negara; konvoi darat akan bermula di Malaysia sebelum kapal berangkat dari Sepanyol dan Tunisia.
- Risiko misi termasuk ancaman dari tentera laut Israel dan sekatan birokrasi, namun rakyat Malaysia diseru hadir ke Perhimpunan Bersamamu Gaza sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan kemanusiaan Palestin.