Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke IJN

Hasimi Muhamad
November 21, 2023 02:15 MYT
Perkembangan kesihatan Ahli Parlimen daripada PN itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum sesi persidangan hari ini bermula - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Perkembangan kesihatan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum sesi persidangan hari ini bermula.
Bagaimanapun, Johari tidak memperincikan secara lanjut keadaan Ismail.
"Saya nak maklumkan bahawa sahabat kita berada di Intensive Cardiac Care Unit (ICCU) di IJN, dan beliau tidak boleh dilawati.
"Namun kita berdoa lah ya agar sahabat kita di lindungi Allah dan sembuh dengan segera," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Datuk Seri Ismail Abd Muttalib sedang dirawat di ICCU IJN
#Ahli Parlimen Maran #IJN #Sidang Parlimen #Ismail Abd Muttalib