'Ahli Parlimen pembangkang dapat peruntukan, tapi kuranglah' - PM

Rahimah Abdullah
Jun 6, 2018 08:18 MYT
Dr Mahathir dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika sidang media di Putra Perdana, hari ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Semua Ahli Parlimen Kerajaan akan diberikan peruntukan sebanyak RM500,000 dan RM200,000 untuk Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, kerajaan juga akan tetap menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Bagaimanapun, jelasnya, jumlah yang akan mereka peroleh adalah kurang daripada angka yang diperoleh Ahli Parlimen kerajaan iaitu pada jumlah RM100,000 bagi setiap kawasan.
"Kita bagi (pada Ahli Parlimen pembangkang) tetapi kurang. Ahli parlimen pembangkang akan dapat RM100,000,” katanya dalam sidang media di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.
#ahli Parlimen #Mahathir Mohamad #pembangkang #Perdana Menteri #peruntukan ahli parlimen