BUTTERWORTH: Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan memperdaya seorang pengarah syarikat rokok sehingga mengalami kerugian lebih RM16 juta pada 2019.
Tertuduh Chan Eng Leong, 47, dari Bayan Lepas Pulau Pinang mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan dua hakim Mahkamah Sesyen, Norhayati Mohamad Yunus dan Noor Aini Yusof.
Di hadapan Norhayati, tertuduh didakwa dengan tiga pertuduhan menipu seorang Pengarah Syarikat Global Tobacco Manufacturer (International) Sdn Bhd, Goh Choon Kim, 60, dengan memperdaya mangsa bahawa dia boleh menyelesaikan kes cukai rokok dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan mengelakkan akaun syarikat mangsa daripada dibekukan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di alamat No 3406, Tingkat 5, Jalan Machang Bubuk 2, Kelab Rekreasi Tropika Bukit Mertajam dan No 1762, Jalan Bukit Teh, Machang Bubuk antara 12 September hingga 1 Oktober 2019.
Chan didakwa secara curangnya mendorong pengarah syarikat itu menyerahkan wang keseluruhannya berjumlah RM5,475,150 melalui cek dan pindahan telegraf membabitkan tiga bank berbeza kepadanya.
Sementara itu di hadapan Noor Aini, Chan didakwa memperdaya pengarah berkenaan supaya mangsa mempercayai bahawa pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja akan datang membuat serbuan serta rampasan dan sitaan wang tunai di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 berhubung dengan penguatkuasaan dan siasatan kes cukai serta eksais rokok.
Chan didakwa secara curangnya mendorong pengarah syarikat itu menyerahkan wang berjumlah 11,098,860 kepadanya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di alamat No 2, Lorong Berjaya Indah 5, Taman Berjaya Indah dan No 2, 1762 Jalan Bukit Teh, Machang Bubuk di Bukit Mertajam antara 11 April hingga 21 November, 2019.
Kelima-lima kesalahan itu dituduh dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Rani Kasim manakala tertuduh diwakili peguam RSN Rayer.
Norhayati membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin manakala Noor Aini membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin.
Kedua-dua hakim turut mengenakan syarat tambahan yang memerlukan tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga perbicaraan kes selesai.
Mahkamah menetapkan 17 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 24 2021
Chan didakwa secara curangnya mendorong pengarah syarikat itu menyerahkan wang keseluruhannya berjumlah RM5,475,150 melalui cek dan pindahan telegraf membabitkan tiga bank berbeza kepadanya.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Ahli perniagaan hadapi tujuh pertuduhan tipu rakan RM580,000
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki melibatkan kerugian berjumlah RM580,000.
Kontrak urus kenderaan kerajaan: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok
Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen berhubung kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap pertuduhan menipu seorang usahawan wanita berhubung pembekalan sarung tangan ketika pandemik COVID-19.
Bermula hanya sekadar hobi, ahli perniagaan tekad buka zoo
Bermula dengan hobi memelihara binatang, seorang ahli perniagaan melangkah lebih jauh apabila memutuskan untuk membuka zoo.
SPRM beku akaun ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta
SPRM membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang bernilai puluhan juta ringgit.
Culik ahli perniagaan wanita untuk tebusan RM2 juta: Dua lelaki dihukum penjara 30 tahun
Panel tiga hakim menolak rayuan Lew Ngee Chin dan Chin Yoon Tack@Chin Yoon Tock berhubung sabitan terhadap mereka.
Atikah Suhaime, Datuk Lokman Teh selamat bernikah
Atikah, 33, yang dinikahkan sendiri oleh bapanya dalam satu majlis tertutup pada Ahad menerima mas kahwin sebanyak RM300.
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran 'Dato' Sri' palsu
Dia didakwa mengeluarkan surat bagi tujuan perniagaan menggunakan gelaran Dato' Sri sebagai penerima Anugerah SSAP daripada Sultan Pahang.
Datuk didenda RM50,000 pindah tanah tanpa kebenaran
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didenda RM50,000 selepas mengaku salah memindahkan tanah miliknya ke tanah kerajaan tanpa kebenaran.