MALAYSIA
Ahli perniagaan Azlan Al-Amin, adik didakwa lakukan khianat rosakkan kereta
Mohamad Azlan (dua, kanan) bersama adiknya, Mohd Mustakim atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan sebuah kereta pada 23 Oktober lalu. - Foto Bernama
JERTEH: Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dan adik lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan kereta seorang wanita baru-baru ini.
Ringkasan AI
Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 38, dan Mohd Mustakim, 31, didakwa melakukan perbuatan itu sehingga mengakibatkan kerugian RM5,000 di hadapan sebuah rumah di Kampung Pengkalan Buloh, Jalan Tok Raja di sini pada 11 malam 23 Okt.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan boleh sampai lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee menawarkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh namun peguam Ahmad Adha Amir Yasser yang mewakili Mohamad Azlan atau lebih dikenali sebagai Azlan Al-Amin dan adiknya bersetuju dengan jumlah itu.
Hakim Ahmad Fadhli Mahmud membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi.
Selain itu, Mohd Mustakim bersama tiga individu iaitu Ramli Mohd, 56, Muhammad Shafiq Hakimi Hussain, 24, dan Muhammad Haiqal Mirzan Mohd Mazli, 23, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Wan Hafizie Wan Mohamad, 36.
Semua mereka selaku orang kena saman (OKS) didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi, tarikh dan masa sama dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap OKS dengan seorang penjamin dan Ahmad Adha juga bersetuju dengan jumlah tersebut.
Mahkamah membenarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin bagi setiap OKS dengan syarat tidak mengganggu mangsa dan saksi serta menetapkan sebutan semula dua kes itu pada 24 Nov.
Sementara itu, Wan Hafizie mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap Mohamad Azlan dan Mohd Mustakim di lokasi, waktu dan tarikh sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Najah Azhar menawarkan jaminan RM5,000 terhadap OKS dengan seorang penjamin, namum peguam Mohd Fakhrul Fikri Mokhtar memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya bekerja sebagai jurujual kad sim telekomunikasi serta menanggung isteri dan anak masih kecil.
Mahkamah membenarkan jaminan RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes terhadap Wan Hafizie pada 17 Nov.
Sebelum ini, polis menahan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dan beberapa individu bagi membantu siasatan pergaduhan yang tular di media sosial pada 23 Okt.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mohamad Azlan dan Mohd Mustakim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khianat yang menyebabkan kerugian RM5,000 dan dibenarkan ikat jamin RM6,000 setiap seorang.
- Mohd Mustakim bersama tiga individu lain serta Wan Hafizie didakwa atas pertuduhan berasingan menyebabkan kecederaan dan kekerasan jenayah, masing-masing dibenarkan jaminan antara RM500 hingga RM1,500.
- Kesemua pertuduhan berkait insiden pergaduhan yang berlaku pada 23 Oktober dan tular di media sosial, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 17 dan 24 November.
Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 38, dan Mohd Mustakim, 31, didakwa melakukan perbuatan itu sehingga mengakibatkan kerugian RM5,000 di hadapan sebuah rumah di Kampung Pengkalan Buloh, Jalan Tok Raja di sini pada 11 malam 23 Okt.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan boleh sampai lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee menawarkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh namun peguam Ahmad Adha Amir Yasser yang mewakili Mohamad Azlan atau lebih dikenali sebagai Azlan Al-Amin dan adiknya bersetuju dengan jumlah itu.
Hakim Ahmad Fadhli Mahmud membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi.
Selain itu, Mohd Mustakim bersama tiga individu iaitu Ramli Mohd, 56, Muhammad Shafiq Hakimi Hussain, 24, dan Muhammad Haiqal Mirzan Mohd Mazli, 23, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Wan Hafizie Wan Mohamad, 36.
Semua mereka selaku orang kena saman (OKS) didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi, tarikh dan masa sama dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap OKS dengan seorang penjamin dan Ahmad Adha juga bersetuju dengan jumlah tersebut.
Mahkamah membenarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin bagi setiap OKS dengan syarat tidak mengganggu mangsa dan saksi serta menetapkan sebutan semula dua kes itu pada 24 Nov.
Sementara itu, Wan Hafizie mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap Mohamad Azlan dan Mohd Mustakim di lokasi, waktu dan tarikh sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Najah Azhar menawarkan jaminan RM5,000 terhadap OKS dengan seorang penjamin, namum peguam Mohd Fakhrul Fikri Mokhtar memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya bekerja sebagai jurujual kad sim telekomunikasi serta menanggung isteri dan anak masih kecil.
Mahkamah membenarkan jaminan RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes terhadap Wan Hafizie pada 17 Nov.
Sebelum ini, polis menahan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dan beberapa individu bagi membantu siasatan pergaduhan yang tular di media sosial pada 23 Okt.
-- BERNAMA
#ahli perniagaan bergelar Datuk
#Mohamad Azlan Abdullah
#melakukan perbuatan khianat
#rosakkan kereta wanita