Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' didakwa 69 pertuduhan penipuan projek kerajaan

Astro Awani
September 1, 2021 07:59 MYT
Selepas pertuduhan dibacakan, tertuduh meminta perbicaraan dilakukan untuk semua 69 pertuduhan didakwan keatasnya. - Gambar ihsan SPRM
KUALA LUMPUR: Seorang ahli parniagaan bergelar 'Datuk' didakwa dengan 69 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu atas pertuduhan melakukan penipuan berhubung projek kerajaan.
Datuk Adly Kamarudin, 47, berdepan hukuman penjara 483 tahun jika didapati bersalah atas semua pertuduhan.
Selepas pertuduhan dibacakan, tertuduh meminta perbicaraan dilakukan untuk semua 69 pertuduhan didakwan keatasnya.
Dia dituduh mengarahkan lapan pekerjanya untuk memalsukan 69 dokumen yang berkaitan dengan pelbagai projek dengan tujuan menipu Jabatan Kerja Raya.
Ahli perniagaan itu dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah banglo di Bandar Baru Bangi dari Jun 2019 hingga September tahun lalu.
Ia mengambil masa lebih dari satu jam untuk semua pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Rozilah Salleh.
Adly didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda bagi setiap 69 pertuduhan sekiranya didapati bersalah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) DPP Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin.
Dia juga menetapkan syarat tambahan agar tertuduh melaporkan setiap bulan ke pejabat SPRM terdekat dan menyerahkan pasportnya ke mahkamah.
#Mahkamah Sesyen #Datuk Adly Kamarudin #Jabatan Kerja Raya #SPRM