awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan dibebaskan, tiada kaitan kes pembunuhan Hussain Ahmad Najadi

Bernama
Bernama
02/11/2015
14:09 MYT
Ahli perniagaan dibebaskan, tiada kaitan kes pembunuhan Hussain Ahmad Najadi
Seorang ahli perniagaan tempatan yang ditahan polis 15 Okt lepas berhubung kes pembunuhan Hussain Ahmad Najadi (gambar), dibebaskan. -Gambar fail
Seorang ahli perniagaan tempatan yang ditahan polis 15 Okt lepas berhubung kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian Hussain Ahmad Najadi, dibebaskan.
Suspek lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dibebaskan Selasa lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata siasatan ke atas beliau telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya yang mendapati tiada keterangan ke atasnya untuk pertuduhan.
"Setelah polis menjalankan siasatan rapi dan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara didapati tiada keterangan untuk mengaitkan suspek di dalam kes yang disiasat dan suspek dibebaskan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zainuddin berkata suspek sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 29 Julai 2013, Hussain, 76, maut manakala isterinya cedera parah selepas ditembak ketika mereka keluar dari kawasan Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon di sini.
Topic Berkaitan
#Arab-Malaysian
#Hussain Ahmad Najadi
#kes bunuh
#Zainuddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan