awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
PM beri penjelasan isu jajaran sempadan Malaysia, Indonesia di Parlimen hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan

Bernama
Bernama
27/02/2024
08:40 MYT
Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan
Mahkamah menetapkan 4 dan 25 April ini untuk prosiding membela diri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap pertuduhan menipu seorang usahawan wanita berhubung pembekalan sarung tangan ketika pandemik COVID-19 membabitkan kerugian berjumlah RM65,000.
Majistret Illi Marisqa Khalizan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Syafiq Pubalan Abdullah di akhir kes pendakwaan.
Peguam Mohd Zaidi Othman yang mewakili Muhammad Syafiq memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya akan memberikan keterangan membela diri secara bersumpah melalui kandang saksi.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 dan 25 April ini untuk prosiding membela diri. Prosiding hari ini turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Syafiq didakwa menipu Nursyarina Zulkifli Wijitha dengan memperdayakan mangsa bahawa tertuduh boleh membekalkan sarung tangan sehingga mendorong wanita itu untuk membuat pembayaran RM65,000.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Setia Sky Residence, Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini, antara 22 Julai 2020 hingga 24 Julai 2020, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman antara setahun hingga 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli perniagaan
#kes mahkamah
#kes tipu
#Sarung tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan