awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan dituduh guna gelaran palsu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/09/2017
06:00 MYT
Ahli perniagaan dituduh guna gelaran palsu
Irwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menggunakan gelaran Dato Sri Panglima tanpa kebenaran Sultan Perak, Januari lepas. --fotoBERNAMA
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menggunakan gelaran palsu pada Januari lalu.
Irwan Mohd Nor, 43, dituduh menggunakan gelaran 'Dato' Sri Panglima' bagi maksud persendirian tanpa kebenaran bertulis dari Sultan Perak.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Kampung Rapat Jaya Tambahan, 20 Januari lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 3(1)(a), Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Perak 2016 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 3(3) enakmen sama.
Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,00 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah Pendakwaan Negeri, Yusaini Amer Abdul Karim, di hadapan Hakim Murtazadi Amran manakala tertuduh diwakili peguam Aiman Ariff Abdul Azij.
Terdahulu Yusaini Amer memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM30,000 kerana kes berkenaan membabitkan kepentingan awam.
Bagaimanapun Aiman Ariff memohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah kerana tertuduh merupakan penanggung tunggal dua isteri dan sembilan anak yang tidak bekerja selain turut menghidap kencing manis dan darah tinggi yang memerlukan pemantauan berkala doktor.
Murtazadi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat tambahan.
Mahkamah menetapkan 16 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#ahli perniagaan
#gelaran palsu
#Irwan Mohd Nor
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#Sultan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan