MALAYSIA
“Ahli politik ancaman terbesar badan kehakiman" - Tengku Maimun
Tengku Maimun menegaskan tahap kebebasan kehakiman bergantung kepada integriti hakim itu sendiri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendedahkan pernah berdepan cubaan campur tangan terhadap badan kehakiman menjelang penghujung tempoh perkhidmatannya.
Ringkasan AI
Bagaimanapun, menurut beliau, sepanjang berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan mahupun Mahkamah Persekutuan, perkara sedemikian tidak pernah berlaku.
“Ketika saya di Mahkamah Tinggi, tidak pernah. Di Mahkamah Rayuan, tidak pernah. Malangnya, di hujung tempoh saya sebagai Ketua Hakim Negara, ada sedikit cubaan untuk mencampuri urusan kehakiman,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Allianz Centre for Governance (ACG) Distinguished Speaker Series bertajuk “The Sanctity of Malaysia’s Federal Constitution: Threats, Solutions and Impact on National Governance”, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Tengku Maimun menegaskan tahap kebebasan kehakiman bergantung kepada integriti hakim itu sendiri.
“Mungkin wujud cubaan campur tangan dari pelbagai arah, namun jika kita abaikan, tiada apa yang akan berlaku. Kehakiman tetap utuh dan kebebasan kehakiman akan terus terpelihara,” ujarnya lagi
Ditanya mengenai ancaman terbesar terhadap institusi kehakiman, beliau berkata, secara peribadi ancaman terbesar adalah daripada ahli politik.
Tengku Maimun mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik Ketua Hakim Negara, menggantikan Tan Sri Richard Malanjum, pada 2 Mei 2019 sebelum bersara pada 1 Julai lalu.
Beliau memulakan kerjaya dalam bidang perundangan pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang di Lembaga Kemajuan Kelantan (KESEDAR), sebelum menyertai Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1984 menjawat jawatan yang sama.
Tengku Maimun kemudiannya menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang di Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.
Ringkasan AI
- Tun Tengku Maimun mendedahkan pernah berdepan cubaan campur tangan terhadap badan kehakiman menjelang akhir tempoh perkhidmatannya, walaupun tiada gangguan berlaku semasa beliau berkhidmat di Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan.
- Beliau menegaskan kebebasan kehakiman bergantung kepada integriti hakim itu sendiri, dan menyifatkan ancaman terbesar terhadap institusi kehakiman datang daripada ahli politik.
- Tengku Maimun merupakan wanita pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada Mei 2019 dan bersara pada Julai 2025, dengan kerjaya perundangan bermula sejak tahun 1982.