awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik punca belia di Malaysia kecewa dengan demokrasi - Tinjauan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
12/12/2020
06:30 MYT
Ahli politik punca belia di Malaysia kecewa dengan demokrasi - Tinjauan
Anak muda dilihat tidak mempunyai masalah dengan sistem demokrasi namun merasakan ahli politik perlu mengubah cara mereka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Golongan belia di Malaysia rata-ratanya bersetuju keyakinan terhadap sistem demokrasi yang semakin menurun adalah dipengaruhi oleh tindak tanduk ahli politik sendiri.
Itu dapatan tinjauan Astro AWANI susulan hasil kajian Pusat Masa Hadapan Demokrasi di Universiti Cambridge yang mendapati minat dan kepercayaan generasi milenium yang berusia 18 hingga 24 tahun terhadap sistem demokrasi semakin menurun.
Menerusi tinjauan di laman sosial, anak muda dilihat tidak mempunyai masalah dengan sistem demokrasi namun faktor ahli politik membuatkan mereka tidak lagi percaya dengan sistem tersebut.
Reaksi tinjauan di Youtube.
Reaksi tinjauan di Youtube.
Reaksi tinjauan di Youtube.
Reaksi tinjauan di Youtube.
Sebanyak 62 peratus pengguna Twitter mengakui kecewa dengan demokrasi, malah ada yang mengakui tidak mahu lagi terbabit dalam pilihan raya yang akan datang kerana menganggap ia tidak memberi kesan kepada tindakan dan keputusan yang dibuat di Parlimen.
Yala..demokrasi dipergunakan untuk kepentingan politik diri sendiri.tafsiran sendiri jadi keputusan..nak yakin macam mana..undi parti lain..lepas tu parti yg kalah jadi kerajaan dgn yg lompat..demokrasi
— S.Sivaguru (@sguru134) December 11, 2020
Don't talk about democracy ... Di Malaysia democracy tu hanya mainan di mulut politikus
— Chocolate Boy (@MisterBeard_84) December 11, 2020
Bukan setakat kecewa tapi putus harapan. Kita sungguh2 Mengundi pilih kerajaan, si orang politik boleh melompat persis KATAK. so, mmg buang masa kami je p mengundi.
— debunker (@00000q7) December 11, 2020
Menurut laporan kajian Cambridge itu, keyakinan yang menurun adalah disebabkan oleh wujudnya jurang ketidaksamaan di antara generasi.
Beban hutang yang tinggi, kemampuan memiliki rumah, serta cabaran memulakan rumah tangga sambil bergantung kepada harta ditinggalkan keluarga, berbanding dengan bekerja keras dan mengharapkan bakat, turut menjadi faktor generasi belia hari ini kurang gembira.
Topic Berkaitan
#demokrasi
#Malaysia
#Parlimen
#politik
#Belia
#laman sosial
#Twitter
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan