MALAYSIA

Ahli politik punca belia di Malaysia kecewa dengan demokrasi - Tinjauan

Madiha Abdullah 12/12/2020 | 06:30 MYT
Anak muda dilihat tidak mempunyai masalah dengan sistem demokrasi namun merasakan ahli politik perlu mengubah cara mereka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Golongan belia di Malaysia rata-ratanya bersetuju keyakinan terhadap sistem demokrasi yang semakin menurun adalah dipengaruhi oleh tindak tanduk ahli politik sendiri.

Itu dapatan tinjauan Astro AWANI susulan hasil kajian Pusat Masa Hadapan Demokrasi di Universiti Cambridge yang mendapati minat dan kepercayaan generasi milenium yang berusia 18 hingga 24 tahun terhadap sistem demokrasi semakin menurun.

Menerusi tinjauan di laman sosial, anak muda dilihat tidak mempunyai masalah dengan sistem demokrasi namun faktor ahli politik membuatkan mereka tidak lagi percaya dengan sistem tersebut.

Reaksi tinjauan di Youtube.



Reaksi tinjauan di Youtube.


Sebanyak 62 peratus pengguna Twitter mengakui kecewa dengan demokrasi, malah ada yang mengakui tidak mahu lagi terbabit dalam pilihan raya yang akan datang kerana menganggap ia tidak memberi kesan kepada tindakan dan keputusan yang dibuat di Parlimen.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Menurut laporan kajian Cambridge itu, keyakinan yang menurun adalah disebabkan oleh wujudnya jurang ketidaksamaan di antara generasi.

Beban hutang yang tinggi, kemampuan memiliki rumah, serta cabaran memulakan rumah tangga sambil bergantung kepada harta ditinggalkan keluarga, berbanding dengan bekerja keras dan mengharapkan bakat, turut menjadi faktor generasi belia hari ini kurang gembira.

#demokrasi #Malaysia #Parlimen #politik #Belia #laman sosial #Twitter #Politik Malaysia