Penolong Naib Canselor, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani dilantik sebagai Naib Canselor universiti itu menggantikan Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.
Menerusi kenyataan hari ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pelantikan Ahmad Bashawir sebagai naib canselor kelapan itu berkuatkuasa 26 Ogos ini.
"Saya percaya berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki Prof Dr Ahmad Bashawir, beliau akan menggalas tanggungjawab ini dengan berkesan dan berupaya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan jentera UUM ke tahap yang lebih tinggi," katanya.
Maszlee turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohamed Mustafa atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang menjawat jawatan itu sejak Jun 2010.
Ahmad Bashawir mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dari Ottawa University, Sarjana Pengurusan Kewangan dari University of Hull dan Doktor Falsafah dalam bidang Perdagangan dari Murdoch University.
Beliau pernah memegang jawatan sebagai Dekan Sekolah Siswazah, Timbalan Dekan UUM serta Profesor Pelawat di Universitas Bakrie, Jakarta selama setahun.
--BERNAMA
Bernama
Sat Aug 18 2018

Pelantikan dilaksanakan berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki Prof Dr Ahmad Bashawir. - Bernama

Jefri Ngadirin Pengarah MSN baru bermula 4 April
Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu.

RMK13 teruskan dasar bersepadu, fokus industri HGHV - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan memastikan dasar bersepadu dan bersesuaian yang memberi tumpuan kepada industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) diteruskan dalam Dokumen Rancangan RMK13.

Syed Saddiq kecewa prosiding rayuan ditangguh
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa selepas prosiding rayuan bagi mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman atas empat kesalahan berkaitan dana Armada ditangguhkan sekali lagi.
Malaysia hasrat jadi sebahagian daripada ‘kisah semikonduktor’ India – Liew
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong turut menekankan bahawa banyak syarikat asing yang kini melabur di India sebenarnya telah lama beroperasi di Malaysia, sekali gus membuka peluang kepada hubungan perniagaan tiga hala.
Pasaran modal meningkat kepada RM4.2 trilion pada 2024 berikutan minat belian kukuh - SC
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan dan teratur, sambil terus melaksanakan peranan asasnya dalam membolehkan dan memudahkan penjanaan modal untuk membiayai ekonomi domestic.

Guru ditahan disyaki pukul murid guna buku
Polis menahan seorang guru selepas disyaki memukul seorang murid perempuan menggunakan buku dan menarik rambut di tepi telinganya.
CILTM Sabah sokong pertumbuhan Labuan sebagai hab maritim serantau
Doughty berkata salah satu inisiatif utama yang dibincangkan adalah penyertaan dalam Persidangan dan Pameran Minyak, Gas Tenaga Sabah (SOGCE) 2025, pada Julai ini.
GLIC disaran buat DDI RM120 bilion dalam lima tahun untuk pacu ekonomi - PM Anwar
Anwar berkata selain RM440 bilion dalam pelaburan pasaran awam di bawah program pelaburan sedia ada, pelaburan tersebut turut tertumpu kepada sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).

Farm Fresh cipta kelainan melalui "Bawa Balik Yang 'Itu'"
Gabungan elemen klasik kumpulan Marhaban dalam bentuk muzikal menjadikan iklan raya Farm Fresh unik dan berbeza.
Versa kumpul RM30 juta untuk kembang simpanan, platform pelaburan
Dana terbaru Versa diperoleh melalui pusingan pelaburan siri a - pusingan pembiayaan peringkat awal yang direka untuk membantu syarikat pemula mempercepatkan pertumbuhan.

UUM lonjak kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia
UUM berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga universiti terbaik di Malaysia dengan memperoleh skor 34.8 peratus berbanding 9.3 peratus sebelum ini.

Ahmad Bashawir dilantik NC UUM baharu berkuat kuasa 26 Ogos - Maszlee
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pelantikan Ahmad Bashawir sebagai naib canselor kelapan itu berkuatkuasa 26 Ogos ini.