awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Faizal Azumu angkat sumpah Menteri Besar Perak

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
12/05/2018
11:00 MYT
Ahmad Faizal Azumu angkat sumpah Menteri Besar Perak
Ahmad Faizal menerima watikah dari Sultan Nazrin di Istana Iskandarian petang tadi. - Astro AWANI
Ahmad Faizal Azumu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-12 Perak di Istana Iskandariah pada jam 6.04 petang tadi.
Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Istiadat angkat sumpah itu sekali gus mengakhiri persoalan dan teka-teki selama tiga hari mengenai parti mana yang bakal mengetuai kerajaan negeri Perak bermula pada penggal baharu ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ahmad Faizal, yang juga dikenali sebagai Peja, menewaskan lawannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang, Choong Shin Heng dari Barisan Nasional (BN) dan Nordin Hassan dari Pas dengan majoriti 39 undi.
Selain itu, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, turut menewaskan penyandang kerusi parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang merupakan penyandang kerusi itu selama lima penggal dengan majoriti 5,320 undi.
Keputusan PRU14 yang diumumkan Rabu lalu menyaksikan PH memenangi 29 daripada 59 kerusi DUN yang dipertandingkan dan menjadikan DUN Perak tergantung.
Ini berikutan tidak ada kepastian sama ada Pas yang memenangi tiga kerusi akan bergabung dengan BN yang hanya menang 27 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.
Sebelum ini, jawatan Menteri Besar Perak disandang oleh Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan beliau berjaya mempertahankan DUN Pangkor yang dimenangi sejak dua penggal lepas.
Kemuncaknya, Ahmad Faizal telah mengajak dua ADUN BN Perak untuk melengkapkan majoriti mudah seperti yang dititahkan oleh Sultan Nazrin sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#angkat sumpah
#DUN Chenderiang
#Istana Iskandariah
#Menteri Besar Perak
#Pilihan Malaysia
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan