PORT DICKSON: Menjadi hasrat pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nazri untuk menjadikan Port Dickson sebagai lokasi projek perintis Hab Pendidikan Khas yang dikendalikan dalam bentuk lebih sistematik dan tersusun.
Menurutnya, Port Dickson dipilih kerana beliau mendapat sokongan baik daripada komuniti setempat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Gerakan Tanah Air (GTA).
"Saya bermula di Ampang, Kuala Lumpur tapi waktu itu saya bergerak di bawah parti, namun buat keputusan bergerak sendiri di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Briged Prihatin kerana kecewa parti tidak membantu usaha saya memasyarakatkan anak istimewa.
"Selepas itu saya bergerak di Perak tetapi hanya beberapa bulan saja kerana tidak mendapat sistem sokongan yang baik daripada komuniti setempat sebelum bermula di Port Dickson sejak Ogos lalu," katanya ketika ditemui di Masjid Kariah Teluk Kemang di sini pada Sabtu.
Ujarnya, usaha dilakukan bertujuan membentuk satu komuniti yang jitu, peka dan prihatin terhadap komuniti istimewa sekali gus bagi memastikan kelompok itu tidak rasa terpinggir.
Jelasnya, tanpa sokongan daripada semua pihak, ia sukar dilaksanakan sekali gus membuatkan segelintir masyarakat terus skeptikal terhadap anak-anak istimewa.
"Saya dah melawat tujuh Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini (Port Dickson) tapi saya dapati latihan dan modul pendidikan disediakan perlu ditambah baik.
"Antara modul paling penting yang perlu diadakan ialah memasyarakatkan anak-anak istimewa ini dengan kemahiran kehidupan seharian supaya apabila dewasa nanti, mereka tidak takut dan sudah biasa dengan masyarakat," katanya.
Ahmad Idham berkata, PDK juga tidak seharusnya dijadikan sebagai tempat penjagaan semata-mata.
"Saya tak nafikan kerajaan tidak pinggirkan anak-anak istimewa ini tapi pengisian pendidikan untuk mereka perlu ditambah baik.
"Sebagai bapa yang ada anak istimewa, saya nak ambil penyertaan untuk membantu memberi kesedaran kepada semua pihak supaya dalam soal membantu kelompok ini, kita perlu serius dan dilakukan secara komuniti," katanya.
Beliau sebelum itu hadir pada Program Terapi Istimewa anjuran Masjid Kariah Teluk Kemang dengan kerjasama Pertubuhan Bridged Prihatin di bawah Program Pemerkasaan Hab Pendidikan Khas Dr Ahmad Idham.
Pada program itu, seramai 20 anak istimewa daripada pelbagai kategori diberi pendidikan tentang solat.
Sementara itu ibu kepada peserta, Marina Lamudin, 44, menyifatkan program itu amat bermanfaat kepada anaknya, Hadif Putra Arrayyan Nor Ahmad Yusri, 10, yang menghidap cerebral palsy.
"Saya dan suami pun jarang nak bawa dia pergi masjid, takut menganggu jemaah lain kerana keadaan dia begitu tapi bila ada program begini khusus untuk anak-anak istimewa, dia dapat satu persekitaran baharu," katanya.
Noraini Zulkifle, 38, pula, berkata, meskipun anaknya orang kurang upaya (OKU) cerebral palsy, namun aspek pendidikan agama tetap diberi perhatian.
Jelasnya, sejak berusia empat tahun, anaknya Luqman Hakim Zulkiflly, 15, telah dibawa ke masjid bagi mendedahkannya dengan program keagamaan.
"Bagi saya usaha dilakukan oleh Dr Ahmad Idham ini baik kerana ia membuatkan anak-anak istimewa ini tidak rasa terpinggir," katanya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 29 2022

Ahmad Idham menunjukkan cara solat kepada Luqman Hakim yang menghidap cerebral palsy. - Sumber foto Sinar Harian

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi
Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.

Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.

Malaysia kekal di tangga 36 dalam laporan GII 2023, skor meningkat
Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 upper-middle income countries dengan kenaikan satu tangga berbanding 2022.

Pengendali DuitNow QR sahkan caj transaksi kuat kuasa 1 November
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali DuitNow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November depan.
[TERKINI] Pengendali Duitnow QR sahkan caj transaksi kuat kuasa 1 November
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet), pengendali Duitnow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November.

Putri Ariani tewas AGT, namun persembahan dapat 'standing ovation', pujian Simon Cowell
Peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani, 17, hanya berjaya meraih tempat keempat America's Got Talent (AGT) musim ke-18.
Reaksi Mohd Na'im mengenai khabar angin rombakan Kabinet
Jelas Datuk Mohd Na'im Mokhtar , beliau mahu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.
Peranan mufti untuk menerangkan kepada masyarakat
Mufti harus memainkan peranan kerana ia melibatkan persoalan hukum dan isu berkaitan adalah kepakaran mufti-mufti yang dilantik oleh Sultan-Sultan.
Kenali Prof Datuk Dr Syed Othman Syed Husin Al-Habshi
Prof Datuk Dr Syed Othman Syed Husin Al-Habshi berpengalaman sebagai kewangan Islam selama 10 tahun sebelum bersara.

Ahmad Idham mahu jadikan PD lokasi perintis Hab Pendidikan Khas
Menjadi hasrat pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nazri untuk menjadikan Port Dickson sebagai lokasi projek perintis Hab Pendidikan Khas yang dikendalikan dalam bentuk lebih sistematik, tersusun.