[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Ahmad Maslan kongsi petua #TambahPendapatan

Nizam Bakeri 02/01/2016 | 09:45 MYT
Melalui hashtag itu, Ahmad turut berkongsi bahawa beliau tahu menoreh getah kerana ibu bapa beliau juga merupakan penoreh. - Foto fail
TIMBALAN Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan hari ini menyampaikan beberapa petua untuk menambah pendapatan bagi menghadapi tahun 2016.
Melalui akaun Twitter, beliau menggunakan hashtag #TambahPendapatan untuk berkongsi petua tersebut.
BACA: #2Kerja: 'Lakukan dua kerja bukan sesuatu yang luar biasa' - Ahmad Maslan
BACA: 'Isu #2kerja sudah terlampau melarat' - Ahmad Maslan
Melalui akronim ‘PKPK’ iaitu Pendidikan, Kemahiran, Produktiviti, dan Keusahawanan, Ahmad menyeru rakyat agar memulakan usaha menambah pendapatan dalam jangka masa panjang dan pendek.
Beliau turut mengingatkan para pekerja awam dan swasta yang ingin terlibat dengan perniagaan atas talian agar mematuhi peraturan sedia ada.
Ketua Penerangan UMNO itu turut berpesan agar rakyat mencari rezeki yang halal.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Melalui hashtag itu, Ahmad turut berkongsi bahawa beliau tahu menoreh getah kerana ibu bapa beliau juga merupakan penoreh.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
##2kerja ##tambahpendapatan #Ahmad Maslan