awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Maslan tidak akan lupa jasa Najib

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
23/08/2022
10:28 MYT
Ahmad Maslan tidak akan lupa jasa Najib
Ahmad turut mengepilkan gambar Najib sebelum melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru menjelang prosiding rayuan akhir kes bekas Perdana Menteri itu, Ahad lepas. - Gambar/ Twitter Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Maslan tidak akan melupakan jasa Datuk Seri Najib Razak yang pernah melantik beliau sebagai Timbalan Menteri.
Setiausaha Agung UMNO itu berharap Bekas Perdana Menteri keenam dan keluarganya tabah susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memihak kepadanya.
"Beliau anak Perdana Menteri (Tun Abdul Razak), namun telah melantik saya anak penoreh getah sebagai Timbalan Menteri sebelum ini dan tidak akan saya lupa.
"Kes ini akan terus diulas, rakyat juga sedang menghakimi. Diharap beliau (Najib) dan keluarga terus tabah," katanya dalam ciapan di Twitter, pada Rabu.
Beliau anak Perdana Menteri, namun telah melantik saya, anak penoreh getah sbg Timb Menteri sblm ini & tidak akan saya lupa. Kes ini akan terus diulas. Rakyat juga sedang menghakimi. Diharap beliau & keluarga terus tabah. (Gambar sblm beliau bersumpah 21/8/22 di Masjid Kg Baru) pic.twitter.com/c7twyX8n4h
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) August 23, 2022
Kes SRC | Najib jalani hukuman hari ini
Ikuti perkembangan kes Najib Razak di sini
Ahmad turut mengepilkan dua gambar Najib sebelum melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru di depan jemaah masjid berkenaan menjelang prosiding rayuan akhir kes bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Persekutuan pada Ahad lepas.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan ke atas Najib berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, Mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Bicara ketika itu iaitu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#keputusan mahkamah persekutuan
#Ahmad Maslan
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan