Ahmad Maslan umum tarik diri pencalonan Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Umavathi Ramayah
Oktober 7, 2021 04:31 MYT
Ahmad Maslan berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian kepada tugas beliau sebagai Setiausaha Agung UMNO, ketika suasana politik yang mencabar. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan penarikan dirinya daripada pencalonan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian kepada tugas beliau sebagai Setiausaha Agung UMNO, ketika suasana politik yang mencabar.
"Saya telah berbincang dengan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Timbalan Presiden UMNO dan tiga Naib Presiden UMNO termasuk perdana menteri semalam dan saya telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Ahmad Maslan #Dewan Rakyat #Timbalab Speaker Dewan Rakyat #UMNO