Skip to main content

Malaysia

Ahmad Sabki dilantik Pengerusi SSM

81678701815_AhmadSabkiYusofp.jpg
KUALA LUMPUR: Ahmad Sabki Yusof dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang baharu berkuat kuasa 1 Mac lepas.

Menurut SSM dalam kenyataan hari ini, Ahmad Sabki yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Undang-Undang Perbandingan daripada Universiti Islam Antarabangsa, adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang berkaitan syarikat dan komersial.

"Beliau juga pernah memegang jawatan utama di pelbagai syarikat, organisasi dan firma guaman dalam tugasan berkaitan undang-undang komersial, pengurusan, tadbir urus korporat, pematuhan serta pengurusan risiko," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video